Badan Kepimpinan Pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin

Pengawas Sekolah

Pengawas merupakan satu badan organisasi di bawah Unit Disiplin Sekolah. Pakaian Pengawas lelaki ialah baju kemeja kuning air lengan panjang dan berseluar sekolah hijau tua kemudian berbaju melayu putih dan bersamping kuning pada hari jumaat manakala pengawas perempuan berbaju kurung kuning air dan berkain hijau tua. Pengawas Sekolah terbahagi kepada beberapa biro iaitu :-

  • Biro Disiplin
  • Biro Perhimpunan
  • Biro Kehadiran dan Ponteng
  • Biro Kantin dan Kebajikan
  • Biro Maklumat dan Informasi
  • Biro Kebersihan
  • Biro Kerohanian

Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PPSS)

Pengawas Pusat Sumber atau Pustakawan merupakan satu badan organisasi di bawah Pusat Sumber Sekolah (PSS). Pakaian PPSS lelaki ialah baju kemeja hijau muda lengan panjang dan berseluar sekolah hijau tua manakala PPSS perempuan pula berbaju kurung hijau muda dan berkain hijau tua. PPS terbahagi kepada beberapa biro iaitu :-

  • Biro Perpustakaan dan Keceriaan
  • Biro Bilik Alat Pandang Dengar (APD)
  • Biro Bahan Bantuan Mengajar (BBM)
  • Biro Perpustakaan Surau
  • Biro Proses Buku
  • Biro Majalah dan Informasi
  • Biro Nilam
  • Biro Asrama
  • Biro Dewan dan Kantin

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu badan organisasi di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK). Pakaian PRS lelaki ialah baju kemeja ungu dan berseluar slack hitam manakala pelajar perempuan berbaju kurung ungu dan berkain hitam. PRS terbahagi kepada beberapa exco iaitu :-

  • Exco Kewangan
  • Exco Darvih
  • Exco Publisiti
  • Exco Kebersihan dan Keceriaan
  • Exco Multimedia

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)

Badan Dakwah dan Rohani merupakan satu badan organisasi di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM). BADAR ditubuhkan bagi membuat aktiviti bercirikan Islam. Antara tugas ahli BADAR ialah mengetuai bacaan Al-Quran pada setiap hari Selasa hingga Khamis, membaca doa Dhuha setiap hari dan membaca doa sebelum pulang dari sekolah setiap hari mengikut jadual yang telah ditetapkan. BADAR terbahagi kepada beberapa lajnah iaitu :-

  • Lajnah Dakwah dan Tarbiah
  • Lajnah Al Quran
  • Lajnah Usrah
  • Lajnah Multimedia
  • Lajnah Ekonomi

Quartermaster (QM)

Quartermaster merupakan satu badan organisasi di bawah Unit Kokurikulum. QM ditubuhkan bagi membantu guru-guru semasa aktiviti kokurikulum berlangsung seperti hari sukan sekolah dan aktiviti merentas desa.

Majlis Pengawas Asrama (MPA)

Majlis Pengawas Asrama merupakan satu badan organisasi di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bahagian pengurusan asrama. MPA ditubuhkan bagi menjaga para pelajar yang tinggal di asrama SAMTSH. MPA terbahagi kepada beberapa exco iaitu:-

  • Exco Disiplin dan Tatacara (DnT)
  • Exco Dakwah dan Penghayatan Islam (DPI)
  • Exco Kebersihan dan Keceriaan (KbKc)
  • Exco Nutrisi dan Residensi (NutRes)
  • Exco Pendidikan dan Informasi (PnI)
  • Exco Dobi dan Sukan (DoSu)
  • Exco Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan (3K)
  • Exco Perhubungan dan Harta Benda Awam (HBA)
  • Exco Fotografi dan Dokumentasi (FotoDoku)

Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam (PPTE)

Nama asal organisasi ini ialah Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM) sebelum ditukar kepada Majlis Perwakilan Pra Universiti (MPPU) pada tahun 2011 dan ditukar sekali lagi kepada Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam Pada (PPTE) Tahun 2016. PPTE merupakan semua pelajar tingkatan 6 STPM atas, 6 STPM bawah dan 6 STAM. Pakaian ahli PPTE lelaki ialah baju kemeja (tiada warna dikhususkan) dan seluar slack hitam manakala pakaian ahli PPTE perempuan pula ialah baju kurung (tiada warna dikhususkan) dan bertudung labuh warna bersesuaian dengan pakaian. PPTE terbahagi kepada beberapa exco iaitu :-

  • Exco Disiplin
  • Exco Dakwah
  • Exco Kebudayaan
  • Exco Multimedia
  • Exco Keceriaan

Organisasi lain

  • Sidang Redaksi SAMTSH
  • Pengawas SPBT
  • Pengawas Surau
  • Pengawas ICT
  • Ahli Lembaga Koperasi Sekolah